Aliran trafik beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak tengah hari ini, namun masih terkawal.
Setakat 12 tengah hari, trafik dilaporkan sesak dari Kempas ke Pasir Gudang manakala kawasan lain di selatan lancar dan terkawal di kedua-dua belah utara dan selatan, menurut Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Di utara pula, trafik dilaporkan sesak dari Permatang Pauh menuju Sungai Dua.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan ke arah Pantai Timur menyebabkan aliran trafik sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terutama dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dilaporkan lancar setakat ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 20 2018
Setakat 12 tengah hari, trafik dilaporkan sesak dari Kempas ke Pasir Gudang manakala kawasan lain di selatan lancar dan terkawal di kedua-dua belah utara dan selatan. - Gambar hiasan
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Ebit Liew tidak berbaju ketika panggilan video - Saksi
Saksi kesembilaan pendakwaan kes gangguan seksual, pendakwah tersohor Ebit Lew mendakwa dirinya sering diganggu secara seksual melalui panggilan telefon.
Ramai jemaah haji dikesan sakit sendi dan otot
Hasil Ziarah Rahmah yang digerakkan Unit Kesihatan Awam, mendapati, sakit sendi dan otot kerana membuat pergerakan jauh untuk melakukan ibadat antara permasalahan dialami jemaah sehingga mendorong pihak fisioterapi turut sama dilibatkan dalam program pendiidkan itu.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Audiologis 20dB Hearing, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
Cuba ceroboh istana, dua individu dipenjara dua bulan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada Isnin kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, dalam kejadian 7 Mei lepas.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran.
Amerika Syarikat tiada kaitan dengan nahas helikopter Presiden Iran
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pada Isnin berkata, beliau tidak tahu secara mendalam tentang punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi.
Tambahnya, beliau tidak melihat sebarang kesan yang lebih luas terhadap keselamatan serantau dan tidak boleh membuat sebarang spekulasi mengenai punca nahas itu.
Tambahnya, beliau tidak melihat sebarang kesan yang lebih luas terhadap keselamatan serantau dan tidak boleh membuat sebarang spekulasi mengenai punca nahas itu.
Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantuan banjir di Karak, Pahang
Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.
Mangsa banjir di Karak dan Bentong masih trauma
Walaupun sudah seminggu banjir surut, rumah mereka masih berlumpur tebal dan ramai yang mengeluh terpaksa hidup tanpa kemudahan asas.
Dua maut Nissan Fairlady terbabas sebelum terbakar
Mangsa yang merupakan dua lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 1.20 pagi.
Ingkar arahan polis, pemandu lori nekad rempuh Plaza Tol Bentong
Kejadian berlaku pada jam 2.25 petang dan pemandu berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
JAS sedia bantu JKR kenal pasti punca tanah runtuh di Lebuhraya KL-Karak
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempunyai pakar yang boleh membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) mencari punca untuk mengatasi kejadian seumpama itu berulang.
Faktor semulajadi punca banjir lumpur di Lebuhraya KL-Karak - Adnan Yaakob
Adnan turut menegur segelintir pihak termasuk media yang menyebarkan berita dengan mendakwa banjir lumpur berlaku akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik.
Kejadian tanah runtuh di Karak dari 1985 hingga 2015
Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak sejak 1985 hingga 2015.